Posts

Sekali Lagi.

Image
Izinkan aku menjadi orang asing Yang secara tidak sengaja terlanggar bahu kanan mu Dan sebagai tanda minta maaf Izinkan aku belanja kamu secawan kopi Agar mungkin kita boleh berkenalan semula Kalau lah kehidupan semudah itu, Indah bukan? :)

12.

Image
Kenapa Tuhan jumpakan kalau bukan sebab jodoh? Jumpa yang selepas itu rindu. Jumpa yang selepas itu jatuh sayang dan perlu. Jumpa yang sudah tidak boleh dipisahkan selepas itu. Tapi bukan jodoh. Sedih bagai nak mati? Sakit umpama tak terperi? Ya... Percayalah. Percaya Tuhan lebih tahu apa yang akan buat kau dan dia lebih bahagia. :) 

72.

Image
Selagi tak ada sebab yang kukuh untuk pergi. Selagi masih ada rasa sayang yang banyak dalam diri. Selagi boleh kekal bersabar disini. Selagi tak ada orang yang dapat ganti. Ya. Saya tunggu. :)

71.

Kusangka hidupku Selamanya kelam Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta Memaksa diriku Menapaki jalan Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku Kini kau pun hadir Memberi cahaya Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri Menuntun hatiku ke palung asmara Seakan ku hidup kembali dari matiku Engkaulah cinta Yang selama ini aku cari Ku Relakan Jiwa Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku Yang mampu melarutkian setiap sepi hatiku Hati bukan untuk dimiliki Tapi untuk dicinta dan mencintai Kurelakan jiwaku padamu (:

70.

Sedar tak sedar dah masuk 70 hokayy entri kat sini. Belum campur lagi empat-empat blog aku tuh. Hahah alahainyaaaa pun. Kat sini entri sikit-sikit je kot. And btw aku privatekan blog ni untuk serta blog aku Adoredora tu atas sebab-sebab tertentu. Malam ni aku bukak balik! Yeehaaa. Okay sekarang ni rasa kinda alone and lonely right now. Nak tulis puisi aku malas nak mampos k sebab aku tak bawak buku-buku yang aku salin semua puisi yang aku buat tu. And btw this month memang month yang menyedihkan lah. :( Macam macam masalah. The most thoughest month i'll guess! Hmm. Agak agak camne lah keadaan kesayangan hari ni. Sihat tak dikau? Rindu sangat-sangat okay. Teruk gila kot bergaduh dalam bulan nie. Lol! Aku rasa actually is susah kot nak hidup without him. Yaaa yaaaaa memang agak sceptical kot ayat nie kan sebab aku jugak yang cakap dalam entri aku 'ala sebelumsebelum ni kau hidup tanpa dia tu boleh je kan?' Ooh kau! Nasihat pandai. Bila terkena batang hidung sendiri? Hmm....

69.

S epatah suaramu sudah bisa buat aku bahagia Secebis senyummu sudah cukup buat jiwaku berbunga Tak perlu apa2 lagi,cinta aku cuma mahu kau semata arjunaku, aku cinta kau selamanya :)

68.

B ahagia sama dia, kita yang cipta. kau mahu gaduh,maka egolah sampai tua. kau mahu gembira,maka tolak ansur dan cuba faham situasi satu sama.

67.

R anaplah kau Dengan bahagia yg kau mahu Untuk tahu bahagia ini Kau fikir kekal Hakikat sakit kau nanti Fikir Jgn cuba dakap bahagia sentiasa.

66.

" K ecewa itu bertukar nikmat bila selalu merasainya." -A.E

65.

D akapan kau Malam ini paling tidak enak Hangatnya sudah hilang Mungkin yang aku peluk ini Cuma tubuh kosong Tiada jiwa Tiada rasa Tubuh yg mati cintanya

64.

" Jangan pernah salahkan Allah untuk perkara yang kita tidak peroleh dengan DOA. Kerana Allah merencana lebih dari yang kita duga. Wallahua'lam. " * P erkara aku minta, dari dulu belum termakbul. Tapi aku tahu Allah siapkan sesuatu untuk aku. Apa aku minta? 'Beri hati aku hidayah untuk ke pangkal jalan.' Hidayah itu milik dia. Dia berhak beri dan Dia juga berhak ambil kembali. Jadi aku kena usaha lagi untuk hidayahNya. :)

63.

S ebenarnya apa yang aku patut buat? aku tak betah aku tak kuat aku buntu.  jiwaku celaru ini baru sikit hidup menyakitkan sama aku; harap untuk masa2 depan, kau bisa tahan. :(

62.

K esayangan; berselisih faham buat kita makin rinduan makin buat kita faham; apa kau suka dan apa aku bencikan terima kasih; utk perhatian untuk kesekian kali ini. :)

61.

M alam ini aku sendiri Merenung langit Mengenang kamu Yang sentiasa dihati Akan pulangkah kau nanti? Aku menanti.

60.

15Bulan. Kamulah kawan. Kamulah lawan. Yang buat jiwa tak keruan. Yang buat hati sawan. 464Hari. Kamu masih di sisi. Teguh temani. Tekad berdiri. Tega menanti. Aku hargai. Setiap masa kita ada. Aku bahagia. Setiap detik kita lalui. Aku suka. Mahu saja siang tanpa malam. Atau malam tanpa siang. Ada kamu hari terasa bermakna. Ada kamu jiwa terasa selesa. Mahu kamu ada sentiasa. Mahu ufuk aurora jingga sentiasa berwarna. Kerna ia seindah senyuman pada rona wajahnya. Kerna ia setenang redup matanya. Sungguh! Aku manusia paling bahagia. Kamu. Aku mungkin bukan yang terindah pernah ada. Mungkin juga tak semesra yang kamu damba. Juga tak sebaik yang kamu sangka. Tapi. Aku yang pertama akan ada untuk kamu. Aku yang pertama akan menjadi telinga setia. Aku yang pertama akan cuba buat kamu ketawa. Tapi jua Aku sedar Aku bukanlah pertama dalam hidupmu Aku harap aku bisa jadi yang pertama. Dalam setiap segala ...

59.

Image
B intang di langit biasa ada sejuta; sejak kamu datang tinggal 99,999 butir bintang; sebab bintang paling bercahaya sudah ada bersamaku tapi-- tu dulu sayang. masih lagi kau mahu jadi bintang yang digenggam erat olehku? :)

58.

Image
Kini aku makin melihat, detak detiknya karma, yang datang menjilat norma hidupku Ah! Parah ini-- Aku tak bisa elakkannya. Apa harus ku buat? Telan saja lah. Lihat ia. Ia datang perlahan-lahan. Ke dalam hidupku. Memusingkan kembali ia kepadaku

57.

A ku sepi Bila kau pergi Tolong kembalikan Separuh aku Yang kau bawa bersama.

56.

Image
M ohon masa berhenti saat ini; saat aku disisi dan genggam erat jemari-- Sang arjuna mohon masa tak melangkah; menjarakkan aku dan dia semula

55.

W on't look back, When I say goodbye. Gonna take what's mine tonight. Because every wasted day becomes a wasted chance. You're gonna wake up feeling sorry, Because life wont wait,  I guess it's up to you.