Dakapan kau
Malam ini paling tidak enak
Hangatnya sudah hilang
Mungkin yang aku peluk ini
Cuma tubuh kosong
Tiada jiwa
Tiada rasa
Tubuh yg mati cintanya
Selagi tak ada sebab yang kukuh untuk pergi. Selagi masih ada rasa sayang yang banyak dalam diri. Selagi boleh kekal bersabar disini. Selagi tak ada orang yang dapat ganti. Ya. Saya tunggu. :)
Kenapa Tuhan jumpakan kalau bukan sebab jodoh? Jumpa yang selepas itu rindu. Jumpa yang selepas itu jatuh sayang dan perlu. Jumpa yang sudah tidak boleh dipisahkan selepas itu. Tapi bukan jodoh. Sedih bagai nak mati? Sakit umpama tak terperi? Ya... Percayalah. Percaya Tuhan lebih tahu apa yang akan buat kau dan dia lebih bahagia. :)