24.
Hari ni aku lihat bos aku menangis.
boleh katakan dalam 2jam begitu
aku duduk cuma menghadap dia,
cuba hadamkan cerita-cerita dia.
Katanya,
Dia sangat sukakan seorang lelaki ini.
Tapi dia taktahu bagaimana nak memulakan langkah.
Kerna bagi dia,
Dia cuma jenis gadis tipikal--
Yang percaya
bahwa,
Magis cinta cuma dimulakan
oleh para-para lelaki di luar sana.
Ya tak mengapa.
aku menyuruh dia teruskan cerita-cerita dia.
Dia minta aku pandangan.
apa yang aku buat jika aku di tempat dia.
Dia tak kuat lagi untuk terima semua perbuatan lelaki tu pada dia.
cara mesra layanannya, cara lembut tingkah lakunya.
Buat dia makin resah.
makin tertanya-tanya.
apa sebenarnya perasaan si lelaki itu pada dia?
Lalu aku terdiam sebentar.
"hendak aku katakan apa tidak ya?"
Jadi aku kumpul seluruh kekuatan,
aku lantas bilang;
"Kak, dulu sebenarnya saya yang mulakan jalannya kak. Kira-kira tahun lepas. Saya. Ya saya. Saya tidak pernah terfikir bahawa pada masa itu dia ada seseorang yang istimewa. Jujur saya katakan saya tak pernah terfikir apa tindakan dia terhadap perasaan saya. Tapi akhirnya, perasaan saya berbalas. Sehingga ke hari ni"
Boss aku terkejut. Terkedu.
Dia bilang lagi
'Tak sangka. Rupanya hidup akak selama ini dikelilingi perempuan2 yang memulakan magis cinta mereka sendiri. Saudara perempuan akak, sepupu dia, malah awak sendiri"
Tapi tak lama lepas tu.
Aku lihat dia gembira.
Gembira dengar cerita aku dan arjunaku.
Gembira dengar cerita magis cinta aku.
Aku lihat dia kembali mengumpul kekuatan.
Dia makin bersemangat mendengar cerita dari aku.
Lalu lantas dia bilang.
"Tunggu. Tunggu genap usia perkenalan kami 4 bulan. 4/11. Akak akan luah perasaan ini dari lirik lagu."
Aku tidak terfikir untuk menceritakan cerita cinta aku sendiri.
Bagi aku, biar manis nya cinta ini kita berdua saja yang rasa.
Tapi agak bagus juga bila aku ceritakannya.
Ya sampai bila mahu main tarik tali?
Apa yang kau mahu,
kata yang kau mahu.
Mudah bukan? :)